Monday 12 November 2012

Nama: Choong Poh Ling
No. Matrix: PPG/M/06/00820/2012/2/KIC
Topik: Matematik - Isipadu

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran   : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair

Aktiviti 1      : Menggunakan unit bukan standard dan unit standard.

(a) Dengan Unit Bukan Standard

Hasil Pembelajaran :
Di Akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan standard dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar :
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air

Langkah-langkah :
1. Set Induksi - Dengan menggunakan bahan maujud atau kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air, guru meminta muird menamakan bekas-bekas berkenaan dan mengapa bekas berkenaan berbeza bentuk.



2. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan disertai murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3. Seorang pencatat dari setiap kumpulan dilantik untik merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap bekas dalam borang berkenaan.
5. Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.

Jadual 1 : Rekod  Bacaan menggunaan Unit Bukan Standard




Contoh lembaran kerja :
                                            Tandakan ( X ) bekas yang boleh diisi dengan banyak air.




(b) Dengan Unit Standard

Video menunjukkan isipadu cecair diukur dengan selinder penyukat dalam bacaan mililiter.



Hasil Pembelajaran :   
Diakhir pembelajaran murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit standard dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, selinder penyukat, lembaran kerja.
Langkah-langkah :
1. Set induksi - murid diperkenalkan alat penyukat isipadu cecair yang standard.



 2. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan disertai murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3. Seorang pencatat dari setiap kumpulan dilantik untik merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan diberi 4 set bekas yang berbeza saiz dan satu selinder penyukat unit liter, l.
5. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas tersebut dengan air.
6. Kemudian, setiap isipadu air bekas berkenaan diukur dengan selinder yang dibekalkan.
7. Pencatat akan merekodkan keputusan.
8. Sambil itu guru memperkenalkan unit ukuran isipadu cecair, liter( ).

  Jadual 2 : Mengukur Isipadu cecair dengan unit standard.




Kemahiran : Membuat Perbandingan Isipadu Cecair Dengan Unit Standard

Aktiviti 2 : Pengukuhan

Hasil Pembelajaran :
Diakhir pembelajaran murid boleh membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan Unit Standard.

Bahan Bantu Mengajar :
1. Kumpulan Pencapaian Tinggi :- Set papan putaran (spinning board), kad nombor, kad gambar, bekas ajaib ( seperti kotak susu, bekas kuih dsb)
2. Kumpulan Pencapaian Rendah :- Lembaran Kerja, papan permainan (game board) dari manila kad,gunting dan gam.


Langkah-langkah :

KUMPULAN PENCAPAIAN TINGGI

Aktiviti: Papan Putaran



1. Murid kumpulan pencapaian tinggi dibahagikan kepada 4 kumpulan
2. Ada 4 warna diatas roda yang merujuk kepada 4 warna bekas ajaib.
3. Setiap ahli dalam setiap kumpulan akan membuat putaran mengikut giliran.
4. Apabila putaran berhenti pada warna yang ditunjukkan, ahli kumpulan akan mengambil satu kad nombor dari bekas ajaib dan membaca isipadu cecair yang tertera pada kelas.
5. Jika putaran berhenti pada warna putih, kumpulan berkenaan akan hilang giliran.
6. Markah dicatatkan berdasarkan bacaan pada kad yang diambil.
7. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi diisytiharkan pemenang.

KUMPULAN PENCAPAIAN RENDAH 

Aktiviti: Padankan.


1. Aktiviti dijalankan secara individu.
2. Setiap murid dibekalkan  lembaran 1 dan papan permainan dari kad manila sebagai lembaran 2.
3. Murid dikehendaki mewarnakan gambar pada lembaran 1, gunting dan tampalkan pada lembaran 2.
4.  Selepas itu menuliskan bacaan yang diperolehi pada ruang yang disediakan.
5. Murid yang membuat kerja dengan kemas dan menulis jawapan dengan betul diberi hadiah.